Aspek perlindungan dalam pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada suri rumah lelaki akan dikaji.
Bagaimanapun, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, kerajaan perlu mengenal pasti jumlah sebenar lelaki di negara ini yang menjadi suri rumah.